Monday, June 25, 2012

aku tak sempurna

bismillahirRahmanirRahim. post ini specially kutujukan pada si dia, memang situasi kita berbeza, keadaan kita tak sama, dan perasaan yang dirasa tak mungkin selari, tapi perkongsian ini hanyalah sekadar tulisan yang dipandu Dia insyaAllah. moga dengan izin Allah, akan smpai maksud yg kuingin ucap dan maknakan.

tahu benar aku dengan perasaan itu. mana tidak nya, sepanjang 3 tahun aku di India, sudah 6 kali aku bertukar naqibah. setiap kali bertukar, setiap kali itulah perasaan sungguh berkocak. mana mungkin aku kenang setiapnya, kerana kabur dek hati.

tapi, ingin sekali aku ceritakan satu peristiwa, satu ketika, satu naqibah - Kakak A. walaupun hanya berbulatan gembira secara maya, tapi setahun itu terasa kebersamaannya. dan aku ingat, bila mana kakak A memberitahuku - ' nnt akan ada akak ni ambil alih usrah awk ye'. aku terus terdiam, lama. seminggu, dua minggu. sehingga aku tak mampu lagi menyimpan rasa, aku tulis satu email buat kakak A. di baris-baris perasaan itu, aku luahkan semua. aku luahkan marahku, aku luahkan kecil hatiku, aku luahkan jua tawar hatiku. mana tidaknya, itu adalah kali ke-4 aku ditukarkan lagi naqibah. tidak dapat tidak, aku menyalahkan diriku, merasakan diriku terlalu jahat sehingga ke sana sini aku diberi.

mendapat reply email dari kakak A, aku hanya berdiam diri. walaupun tidaklah semarah dulu, tetapi tawar hatiku masih bersisa. walaupun rasa tawar dengan jalan ini, tapi aku teruskan juga. kakak A meminta utk diberikan peluang sekali lagi utk menjadi naqibahku. aku hanya mengiyakan sahaja dan selang beberapa bulan kemudian, aku bertukar lagi kakak usrah.

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah, baru sekarang aku dapat melihat hikmat itu. setelah setahun lebih berlalu, baru aku nampak tarbiyah yg Allah mahu berikan kepadaku dengan pertukaran naqibah2 itu. Ya Allah, jahilnya aku, kerdilnya aku. aku terlalu asyik dengan perasaan sedih dan marah sehingga aku terlupa mencari RASA itu, rasa CINTA kepada Allah. hilangnya RASA itulah yang membuatkan aku tawar hati. Allah Allah Allah..

dan baru sekarang aku memahami kedudukan naqibahku, bilamana terpaksa melepaskan anak usrah sendiri. baru aku tahu sebenarnya, bukan mudah melepaskan anak usrah yg telah kita bina hubungan dengannya. selama ini aku asyik terperdaya dgn susah dan sedih aku dilepaskan, aku tidak tahu yang sakit jua melepaskan.

kepada naqibah2ku, especially kakak A, maafkan adikmu ini. maaf atas marahku, maaf atas kedegilanku, maaf atas kenakalanku. kini kusedar, semua yg akak2 buat tu, bukanlah atas kehendak diri, kemahuan nafsu, mahupun suka2, tapi semata2 kerana Allah. dan kuharap apa yang aku lakukan pada mereka, semata2 kerana Allah jua.

" anasir tarbiyah paling utama yang akak belajar kali ini adalah tentang perasaan yang benar asasnya... drpd perasaan kita ini sebenarnya akn lahir mujahadah luar biasa utk merubah diri kita...
selama ini, mungkin kita berhubungan dan berkasih sayang tapi mungkin tak sebenarnya ianya belum sampai ke tahap ukhuwwah yang ingin ditanamkan syeikhud dakwah, imam hassan al banna dlm diri semua penggerak dakwah?
kita mengerti bahawa untuk berjuang, perlunya al ukhuwwah yang sangat kukuh antara sesama kita yg memikul beban dakwah yg sungguh berat ni...dan as siqah adalah rukun terakhir di mana kita takkan mampu melanggar amanah kerana taat dan cinta pada al khaliq sepertinya kekasih yg setia.... "

kepada si dia, maafkanlah saya yang hina ini. astaghfirullah, teruknya sye yg menggelarkan diri naqibah, tapi terlalu banyak yg masih compang dan camping dan kurangnya. moga Allah mengampunkan dosa saya. moga Allah memberi kita RASA itu sentiasa supaya kita terus bergerak di jalan ini.

No comments: