Sunday, May 08, 2011

Empty Bubbles and The Chosen Ones



Daripada Tsauban ra berkata : Rasulullah saw bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
-HR Abu Daud-

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW : " Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing".
-HR Muslim-

Daripada Aisyah ra berkata : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
- HR Thabrani -
Di akhir zaman, kan Rasulullah dah ckp, umat Islam akan jadi sgt bnyk, umpama buih di laut. buih yg kosong, dipukul ombak kesanasini, and mudah sgt pecah kan? oh sye tak mahu jadi buih di laut. sye mahu jadi golongan yg Rasulullah ceritakan dlm hadis dia yg lagik satu, di mana akan ada satu golongan yg memegang agama seperti menggengam bara api.

hari tu bila keluar shopping dgn ayah kat KL, tgok muda mudi kiri kanan. cara pakaian, tutur kata dan budi bicara. keluar in group lelaki dan perempuan. caci maki dan perkataan tak senonoh tu seperti air yg keluar dari mulut diorg. melepak bergelak ketawa tak hirau keliling. astagfirullah, sye takut dan malu. sye pun muda mudi. sye jugak mereka. tp sye sendiri bnyk cela, masih terlalu perlahan dalam menyampaikan Islam itu pada kalangan sye sendiri :S terasa diri ni jahil sgt. sedih rasa sbb dh nmpk sgt apa yg Rasulullah maksudkan dgn buih2 tu (moga Allah bg kekuatan dan knowledge utk bawa generasi ini kearah kegemilang Islam insyaAllah)

jadi sye tanya ayah sye, knp ramai sgt dah macam ni. ayah sye cakap, "kan mmg Allah dan Rasulullah dah bgtau those the chosen ones (note the S on ones) mmg akan jadi sedikit kat akhir zaman. so bersyukurlah Allah chose you to be in jamaah, ada yg sentiasa membimbing dan menasihati moga2 kita termasuk dlm golongan the chosen ones tu insyaAllah"

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH thanks Allah for placing me in jamaah, and giving me parents that really understand maratib amal. Ya Allah, peliharalah kami dalam iman, dan jadikanlah kami di antara yg sedikit dan terasing amin~

No comments: