Thursday, October 06, 2011

mereka yang hebat

" aku tidak mahu menjadi yang melihat, aku mahu menjadi yang dilihat "
57:10-11
Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
harta bertimbun2, bukan hak kita. tetapi semata2 pinjaman Allah. tetapi, dengan harta yg hanya dipinjamkan tu kpd kita, kita masih punya keberanian utk kedekut. in another way, macam selfish kan? Allah bagi kat kita harta supaya kita guna ke jalan kebaikan. harta bukan kita punya pun, tanak share dgn orang lain. selfish kan? maybe jugak kita tidak nampak mengapa perlu diberi harta yg penat2 cari kepada sesuatu yg subjective. tapi kan Allah dah ceritakan ganjaran2nye?

seronok, bila memberi dengan ikhlas, atas inisiatif sendirik, then kita nampak hasilnya. cubalah memberi. serious, perasaan tu hanya pemberi je tahu ;) tp dalam ayat ni, Allah specifically bgtahu reward dia :) bila kita meminjamkan pinjaman yg baik, Allah ckp Allah akan pulangkan dengan belipat ganda. imagine kita bagi pinjam pada kawan kita rm100, and kawan kita pulankan rm1000 (bukan riba ye) kan ke seronok? mesti kita nak pinjamkan lagi kan? so begitulah kita patutnya dgn menginfakkan harta kita kepada Allah. kejarlah ganjaran yg berlipat ganda tu, pahala melimpah2 yang mulia :)

sebelum pape, please lihat harta itu lebih daripada maknanya. harta yang dimaksudkan bukan setakat wang sahaja, tetapi masa kita, tenaga kita itu juga adalah harta. so jgnlah disebabkan miskin, itu menjadi alasan utk tidak berinfak ;)

merujuk pada ganjaran yang lebih kepada penginfakkan sebelum pembukaan kota Mekah, contoh yang sye dapat fikir di sini ialah rumah :) bila kita nak bina rumah idaman kita, belanjanya mesti baaaanyaaak kan? tambah2 skrg kos sume barang yg sgt mahal. so nak bina rumah itu, belanja yang diperlukan sgt bnyk. compare pulak lepas rumah dah dibina, tinggal nak maintain je. so belanjanye kurang dari nak membina kan? so begitulah juagk dlm dakwah dan tarbiyah. pabila kita nak menginfakkan harta (masa, tenaga, duit) utk memulakan dan membangunkan DnT tu, lebih tinggi darjatnya kerana harta yang diperlukan itu lebih banyak daripada utk maintain DnT yang sudah dibina oleh orang sebelum itu. so, buat mereka yang sedang bersusah payah menginfak membina DnT dimana2, ambillah ayat ini sebagai penaik semangat and pemujuk hati supaya sentiasa kuat ;)

57:12-14
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
seperti yang diceritakan dalam ayat2 Allah itu, fikir2kan golongan mana yang kita nak. mahu menjadi golongan yang bercahaya2 (seperti glitter2 ;) ) itu, atau yang melihat sahaja. klu kat dunia ni pun, kita mesti jealous tgok klu orang bawak kereta berkilat cantik, kita bawak kereta kodok je kan? tak nak la nnt kat akhirat kita hanya punya perasaan jealous tu. biarlah kita jealous di dunia supaya kita dimotivasi utk menjadi golongan yang bercahaya2 tu insyaAllah :)

golongan munafik, hanya meminta2 cahaya itu dari golongan bercahaya2 itu, and bila diberitahu 'kembalilah kamu and carilah sendiri cahaya itu'. tp time tu, bolehke pulang2 kembali ke dunia nak cari balik cahaya tu?? once kat akhirat, tak boleh kan patah2 balik. so bila diberitahu begitu, mesti kecewa dan hampa sbb sekarang, meraka tak dapat kelebihan dan ganjaran Allah itu kan?

so, nasihat buat diri sndiri mostly, lets try our best to own the glitters and the bright light on that day, and never let us to be sad there.

wallahua'lam

No comments: